Abang Openg
Abang Openg

Abang Openg

Tun Abang Haji Openg bin Abang Sapiee (7 Oktober 1905 – 28 Mac 1969) ialah seorang negarawan di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia pada 1963.Beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri setelah Sarawak menyertai Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sebelum itu, jawatan tersebut bergelar "Tuan Yang Terutama Gabenor Koloni Mahkota British Sarawak", di mana mereka yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut dilantik oleh King George VI dari 1946 hingga 1952, dan seterusnya oleh Ratu Elizabeth II dari 1952 hingga 1963.

Berkaitan